"Siapa saja perempuan yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka perempuan tersebut dianggap berzina, dan tiap-tiap mata ada zinanya." (Riwayat Nasai, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Pakaian Wanita Islam
Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan tipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat mempertajam bagian-bagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan bisa masuk sorga, dan tidak akan mencium bau sorga, padahal bau sorga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim, Babul Libas)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini.
Bukhtun adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Dibalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk penataan rambut, dengan berbagai macam mode dalam salon-salon khusus, yang biasa disebut salon kecantikan, dimana banyak sekali laki-laki yang bekerja pada pekerjaan tersebut dengan upah yang sangat tinggi.
Tidak cukup sampai di situ saja, banyak pula perempuan yang merasa kurang puas dengan rambut asli pemberian Allah. Untuk itu mereka belinya rambut palsu yang disambung dengan rambutnya yang asli, supaya nampak lebih menyenangkan dan lebih cantik, sehingga dengan demikian dia akan menjadi perempuan yang menarik dan memikat hati.
Satu hal yang sangat mengherankan, justru persoalan ini sekarang sering dikaitkan dengan masalah penjajahan politik dan kejatuhan moral, dan ini dapat dibuktikan oleh suatu kenyataan yang terjadi, dimana para penjajah politik itu dalam usahanya untuk menguasai rakyat sering menggunakan sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat dan untuk dapat mengalihkan pandangan manusia, dengan diberinya kesenangan yang kiranya dengan kesenangannya itu manusia tidak lagi mau memperhatikan persoalannya yang lebih umum.
"Berilah (si perempuan itu) mas kawin, walaupun dengan satu cincin dari besi." (Riwayat Bukhari) (zaman sekarang nk mas kahwin dan hantar tinggi..rela berada dalam maksiat dari kahwin)
Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.
Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.
Bermaksud“Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat”
Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semasa sehingga terjadi seperti bonggol unta yakni tinggi membonggok. Mereka dilaknati Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.
Sekarang berlaku sebaliknya. Pada hari ini kalau muslimat yang memakai tudung dan berjubah di pusat membeli belah seolah-olah rusa masuk kampung. Anggapan mereka, bertudung seperti itu tidak mengikut trend. Bertudung ikut syariat nampak tua.
Marilah kita muhasabah diri kita dan ahli keluarga kita supaya menghayati dengan surah al-Nur ayat 31,“…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka; (al-Nur, 31)
Yakni hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala mereka hingga menutupi leher dan dada mereka . Al-Juyub dalam ayat di atas adalah kata jama’ (plural) bagi kalimah al-Jaib iaitu bulatan atau belahan pada bahagian atas baju yang dibuat untuk mamasukkan kepala ketika memakainya (iaitu leher baju).
Namun yang dimaksudkan ialah kawasan belahan atau bulatan tersebut pada badan iaitu bawah leher bahagian atas dada di mana kawasan tersebut termasuk dalam aurat yang mesti ditutup maka kerana itu diperintahkan supaya dilabuhkan tudung hingga ke situ. Menurut ulama’ ayat ini sekali gus menjadi dalil bahawa dada dan leher perempuan adalah aurat. Tidak harus dilihat oleh ajnabi dan oleh itu tidak harus didedahkan kepadanya.
Diriwayatkan bahawa Saidatuna Aishah r.a pernah menceritakan “Semoga Allah merahmati wanita wanita Muhajirin yang awal di mana takkala Allah menurunkan ayat ini, mereka segera mengambil kain kain yang ada pada mereka lalu bertudung dengannya"
Menurut ahli Tafsir menjadi kebiasaan wanita-wanita pada zaman jahiliah berjalan di hadapan kaum lelaki dalam keadaan terdedah dada leher mereka serta menampakkan lengan mereka. Adakalanya mereka mendedahkan tempat-tempat fitnah pada badan mereka dan melepaskan ekor-ekor rambut mereka bertujuan membangkitkan perasaan ghairah kaum lelaki pada mereka. Apabila memakai tudung kepala , mereka melepaskan kebelakang mereka (yakni ke punggung mereka). Adapun bahagian depan dibiarkan tanpa menutup menyebabkan terdedah leher dan dada mereka.
Apabila datangnya Islam , Allah memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat. Oleh itu tudung yang dipakai oleh kebanyakan wanita pada hari ini tidak menepati dengan syara’ kerana ia tidak menutup dada sehingga menimbulkan keghairahan kepada orang lelaki. Begitu juga kalau bertudung tetapi memakai baju yang berlengan pendek dan baju yang ketat. Ini tidak termasuk di kalangan wanita yang beriman dengan surah al-Nur.
Hikmah wanita diwajibkan menutup aurat
Setiap sesuatu yang diperintahkan Allah mempunyai hikmah atau rahsia yang tersendiri. Antara hikmahnya ialah :
1.Untuk menutup pintu fitnah kerana ia merupakan punca tercetusnya keinginan yang ada dalam diri manusia. Apabila keinginan nafsu mempengaruhi hati, biasanya seorang itu hilang pertimbangan akal lalu mudahlah ia melakukan perbuatan mungkar mengikut apa yang diperintah oleh nafsunya.Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
“Tidak ada selepasku ini fitnah yang lebih bahaya kepada lelaki selain daripada perempuan”
2.Untuk menghindarkan kegiatan maksiat yang berpunca dari mata. Seluruh tubuh wanita atau bahagian-bahagian tertentu dari tubuh lelaki menjadi daya penarik yang mempesonakan pandangan mata kaum pihak yang berlainan jenis. Dari rasa persona itu boleh menajamkan keinginan ke arah melakukan maksiat seperti zina dan sebagainya.
3.Pandangan mata ada kaitan dengan hati. Mata yang selalu melihat perkara yang haram seperti aurat perempuan atau lelaki menyebabkan hati menjadi gelap. Hati yang gelap tidak dapat ditembusi cahaya nur keimanan, manakala Iman yang lemah tidak dapat melahirkan individu muslim yang benar-benar taqwa.
Oleh itu amalan menutup aurat adalah untuk menolong seorang lain daripada terlibat dengan dosa dan menjejaskan imannya akibat memandang aurat yang sengaja didedahkan oleh sipelakunya. Sesungguhnya amat buruk perbuatan seseorang yang kerananya menyebabkan orang lain terpalik dosa.
4.Wanita solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk membezakan dengan wanita Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka. Tabiat ini seharusnya tidak menguasai peribadi wanita-wanita mu’min dan mereka semua diarah menjaga ketinggian maruah diri yang dibentuk oleh Islam menerusi tingkah laku yang baik.
5.Keseluruhan hidup setiap individu Muslim tertakluk kepada disiplin yang ditentukan syarak. Perintah menutup aurat adalah disiplin yang dimaksudkan itu. Di samping mengandungi hikmah tertentu, peraturan mengenai aurat itu adalah sebagai ujian iman ke atas umat Islam untuk mengukur sejauh mana peraturan tersebut dapat dipatuhi. Pengakuan dengan lidah sahaja bahawa ia telah pun beriman sebenarnya tidak akan diiktiraf oleh Allah tanpa lulus ujian amali.
Ini dipersyaratkan oleh Allah berbunyi,“Apakah manusia menyangka mereka dibiar berkata kami telah beriman sedang mereka tidak diuji (keimanannya)” (Al-Ankabut, 29: 2)
Sekiranya seorang itu sanggup patuh kepada disiplin Islam sepanjang hayatnya, maka itu tanda orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan jika sebaliknya, maka ia belum layak lagi menduduki taraf Muslim yang mu’min kerana imannya masih lemah. Seorang yang imannya lemah perlu dipertingkatkan dengan rawatan rohani sebelum dijemput ke alam barzakh. Oleh itu waspada sebelum terlambat.
Bentuk pakaian perempuan yang beriman
1. Harus menutup semua badan, selain daripada yang telah dikecualikan oleh al-Quran dalam firmannya:“Apa-apa yang biasa tampak” (Al-Nur, 31)
Menurut pendapat yang lebih kuat, iaitu muka dan dua tapak tangan.
2. Tidak nipis sehingga nampak kulit. Sebab sesuai apa yang dikatakan Nabi:
“Sesungguhnya termasuk ahli neraka, yaitu perempuan- perempuan berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk berbuat maksiat. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Muslim)
Maksud berpakaian tetapi telanjang, yaitu: pakaian mereka itu tidak berfungsi menutup aurat, sehingga dapat mensifati kulit yang di bawahnya justru kerana nipis dan sempitnya pakaian itu. Beberapa orang perempuan dari Bani Tamim masuk rumah Aisyah, dengan berpakaian yang sangat tipis, kemudian Aisyah berkata: “Kalau kamu sebagai orang mu’min, maka bukan ini macamnya pakaian orang- orang perempuan mu’min itu.” (Riwayat Thabarani dan lain-lain).
Ada pula seorang perempuan yang baru saja menjadi pengantin, dia memakai tudung yang sangat nipis sekali, maka kata Aisyah kepadanya: “Perempuan yang memakai tudung seperti ini berarti tidak beriman dengan surah an-Nur.”
3. Tidak ketat sehingga menampak bentuk anggota badan dan menampakkan bahagian-bahagian yang cukup menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Sedang yang memakainya itu sendiri seperti berpakaian tetapi telanjang.
4.Bukan pakaian yang dipakai oleh orang laki-laki seperti di zaman kita sekarang ini. Sebab Rasulullah s.a.w. pernah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai laki-laki, dan laki- laki yang menyerupai perempuan. Begitu juga Rasulullah s.a.w. pernah melarang perempuan memakai pakaian laki-laki dan laki-laki memakai pakaian perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW melaknati lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan memakai pakaian lelaki”.
Kesimpulan
Keseluruhan ulama’ Islam bersepakat bahawa wanita dan lelaki Islam wajib menutup auratnya. Mendedahkan aurat hukumnya adalah haram dan berdosa. Marilah sama-sama kita menghayati surah al-Nur dalam kehidupan keluarga kita dan jamaah kita. Biarlah orang melihat ahli jamaah kita ada tamayyuz (beza) dengan orang lain. Secara tidak langsung akan menarik perhatian masyarakat untuk bersama dengan perjuangan kita.
(MANE LEH PAKAI MCM YG DIAJAR OLEH ISLAM...NNTI KATA KETINGGALAN ZAMAN....KENA BAKAR ADA KE ORG NK TLG NNTI...BTL TAK WANITA-WANITA YANG LAWA N COMEL LOTE....)
Monday, October 5, 2009
Saturday, October 3, 2009
HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM
Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)
Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.
Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :
“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)
Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya. Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)
Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )
Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)
FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)
Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)
Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)
(Bersama-sama lah kita menghiburkan hati mengikut ajaran yang diberikan, bukan main ikut hati yang penuh dengan nafsu je.....)
Thursday, October 1, 2009
AYAT 3 KUL
BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)
112. Al-Ikhlas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.
113. Al-Falaq
[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
114. An-Nas
[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
(Pesanan Nabi Muhammad S.A.W jikalau kita membaca 3 surah ini pada waktu pagi kita akan selamat sampai ke petang....)

Wednesday, September 30, 2009
SURAH Al-Kauthar
BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)
[1]Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2]Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3]Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
(Dulu guru aku berpesan supaya membaca surah nie 3 kali sebelum kuar umah....kerana surah ini mempunyai pelbagai kebaikan)

Tuesday, September 29, 2009
SOLAT TAPI MASIH MELAKUKAN MKSIAT
Baru-baru ini saya mendapat satu sms daripada abang saya. Sms tersebut di’forward’kan kepada saya. Asal sms itu ditujukan kepada beliau dengan persoalan: Solat itu mencegah kemungkaran, saya menjaga solat 5 waktu tetapi masih lagi berkeinginan melakukan maksiat, kenapa ini berlaku?’
Begitulah persoalan yang ditimbulkan dengan ayat yang sedikit berbeza.Memang jelas dinyatakan di dalam surah al Ankabut ayat 45 bahawa solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Ini adalah firman Allah SWT dan setiap firman Allah SWT di dalam Al Quran adalah benar dan tidak diragui lagi.
Sepatutnya keraguan tidak timbul pada diri orang yang bertanya sekiranya dia mendalami maksud ayat tadi dan juga mendalami ayat-ayat dan hadith lain yang berkaitan dengan persoalan yang ditimbulkannya iaitu persoalan ‘keinginan melakukan maksiat’.
Ayat tersebut menyatakan bahawa solat yang sempurna akan mencegah orang yang menunaikannya daripada perbuatan keji dan mungkar. Di dalam ayat tersebut tidak disebutkan bahawa orang yang solat tidak ada ‘keinginan’ untuk melakukan maksiat.
Keinginan melakukan maksiat memang ada dalam diri setiap manusia seperti yang disebutkan dalam ayat-ayat Al Quran contohnya surah al Syams ayat 8 bermaksud: ‘Maka Dia telah mengilhamkan setiap jiwa kejahatan dan ketaqwaan’. Rasulullah SAW juga menceritakan tentang rahmat Allah SWT yang tidak menyiksa manusia sekiranya dia hanya sekadar terlintas di dalam hatinya keinginan untuk melakukan maksiat (hadith riwayat al Bukhari – hadith no.6491 dan Muslim – hadith no.350).
Satu lagi perkara penting ialah solat itu sendiri perlu dilihat adakah tepat atau tidak mengikut seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW: ‘Solatlah kamu seperti aku solat’? (hadith riwayat al Bukhari – hadith no.631).
Maka sebelum seseorang itu bertanya tentang kesan solat terhadap dirinya, perlulah dia meneliti adakah solatnya itu seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW ataupun tidak. Adakah solatnya sah atau batal? Adakah solatnya dilakukan dalam keadaan khusyuk (berfokus) atau bersahaja dan lalai?Bagi mereka yang telah menunaikan solat dengan bersungguh-sungguh dan cuba menepati solat yang diajar oleh Rasulullah SAW, tetapi masih melakukan maksiat atau berkeinginan melakukan maksiat, saya ada beberapa nasihat untuk kita kongsi bersama:
1. Syaitan itu musuh kita. Dia telah bersumpah di dalam Al Quran sebagaimana di dalam surah Shod ayat 82, surah al A’raf ayat 16 dan 17 bahawa dia akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia setiap masa dan setiap waktu. Maka tidak hairanlah kita akan sentiasa berkeinginan atau terlintas untuk melakukan maksiat. Di dalam surah yang sering kita baca, al Naas, Allah SWT menyifatkan syaitan sebagai makhluk yang akan membisikkan ke dalam hati manusia perkara kejahatan.
2. Hanya malaikat yang bersih daripada keinginan melakukan maksiat atau lintasan hati untuk melakukan maksiat. Begitu juga para Nabi dan Rasul yang mendapat pemeliharaan (‘ishmah) daripada Allah SWT bagi memelihara kesucian perjuangan mereka. Adapun manusia biasa, maka tidak terlepas daripada lintasan hati untuk melakukan maksiat. Manusia yang bertaqwa ialah mereka yang menghalang dirinya daripada mengikut keinginan tersebut. Ini jelas daripada firman Allah SWT di dalam surah al Naazi’at ayat 40 yang menceritakan bahawa sifat ahli syurga ialah dia menghalang kehendak dirinya untuk melakukan maksiat di dunia.
3. Keinginan melakukan maksiat bukanlah maksiat. Lintasan hati untuk melakukan maksiat bukanlah maksiat. Ini telah dijelaskan seperti yang tertera dalam maksud hadith riwayat al Bukhari dan Muslim yang disebut di awal tulisan ini.
4. Setiap ayat di dalam Al Quran perlu difahami dengan melihat ayat-ayat lain yang ada di dalamnya. Ini adalah kerana Al Quran diturunkan sebagai kitab yang lengkap melengkapi dan berkaitan antara satu ayat dengan ayat yang lain. Menghadkan pandangan kepada satu atau dua ayat semata-mata akan menyebabkan kita kurang memahami maksud sebenar ayat tersebut. Maka sesiapa yang melihat ayat bahawa solat itu mencegah kemungkaran, perlu juga dia melihat ayat yang menceritakan bahawa manusia itu mempunyai kesediaan untuk melakukan kebaikan dan kejahatan, maka manusia yang bertaqwa ialah manusia yang menghalang dirinya daripada mengikut hasutan ke arah kejahatan.
5. Orang bertaqwa juga tidak akan terlepas melakukan kemungkaran akibat terlalai atau kurang imannya kerana iman itu meningkat dan menurun. Di dalam surah Ali Imran ayat 135, Allah SWT menjelaskan sifat-sifat orang bertaqwa dan di dalam ayat tersebut Allah SWT berfirman bahawa orang yang bertaqwa juga ada masanya melakukan dosa lalu dia bersegera bertaubat. Maksud yang sama juga ada disebut dalam ayat 201 surah al A’raf.
Semoga kita sama-sama mengambil peringatan daripada tulisan ringkas ini dengan memperbaiki mutu solat kita agar lebih menyerupai solat Rasulullah SAW. Begitu juga kita perlu sentiasa mendidik diri agar bertaqwa kepada Allah SWT bukan sekadar di dalam solat, tetapi di luar solat dalam seluruh kehidupan. Sikap ini memang payah tetapi perlu diusahakan sedikit demi sedikit. Semoga Allah SWT membantu kita dalam memperbaiki amalan dan jiwa kita ke arah ketaqwaan. Amin. (cOPY fr http://alitantawi.blogspot.com/)
Mesti ramai yang mcm nie...solat tapi masih melakukan maksiat...jd sama-sam kita renungkan diri kita.

Monday, September 28, 2009
BANJIR DI MANILA
106 korban banjir di Filipina
MANILA: Angka kematian akibat banjir berpunca daripada taufan Ketsana meningkat 106 orang di Filipina dengan anggota penyelamat menarik mayat yang diselaputi lumpur selain bertungkus lumus menyelamatkan penduduk yang basah kuyup di bumbung rumah, semalam. Banjir yang melanda Manila dan 25 wilayah lain adalah yang terburuk di Filipina dalam tempoh 42 tahun menyebabkan pihak berkuasa mengisytiharkan ‘keadaan bencana’ yang membenarkan pihak berkuasa menggunakan dana kecemasan untuk bantuan dan usaha menyelamat, kata Setiausaha Pertahanan, Gilbert Teodoro.
Anggota tentera, polis dan sukarelawan awam menyelamatkan lebih 5,100 penduduk setakat ini. Taufan Ketsana atau dikenali dengan nama tempatan ‘Ondoy’, melanda utara Filipina berhampiran Manila, kelmarin, diikuti hujan selama 12 jam. Tanah runtuh dan banjir yang menyusul menyebabkan berpuluh-puluh orang maut dan hilang, kata Teodoro. Panglima tentera, Jeneral Victor Ibrado, meninjau keadaan dalam helikopter dan menyaksikan mangsa yang kuyup berusaha menyelamatkan diri dengan memanjat bas yang separuh tenggelam dan bumbung rumah.
Ada yang bergayut berbahaya pada tiang dan kabel elektrik berkuasa tinggi sementara yang lain meredah air paras pinggang. Pihak berkuasa mengerahkan pasukan penyelamat dalam bot menyelamatkan mangsa yang dilihat ketika pemeriksaan udara. Lebih 400,000 orang terjejas selepas Ketsana melanda dan 47,000 sudah dihantar ke hampir 100 sekolah, gereja dan tempat perlindungan lain, kata pihak berkuasa. Di bandar Marikina dekat Manila, seorang penyelamat mengangkat mayat seorang kanak-kanak diselaputi lumpur dari sebuah bot dan membawa dua lagi mayat ditemui di kejiranan yang dinaiki air. Kebanyakan penduduk hilang semua harta benda dalam ribut namun masih bersyukur kerana terus bernafas.
“Kami tiada apa-apa lagi,” kata Marikina Ronald Manlangit. Namun, dia masih bersyukur berupaya memindahkan semua anaknya ke tingkat kedua rumahnya kelmarin ketika air banjir memenuhi ruang bawah. Lumpur menyaluti semuanya, kereta, jalan raya dan sayuran di pasar awam berhampiran rumah Manlangit. Gabenor Joselito Mendoza dari wilayah Bulacan di utara ibu kota berkata, ada penduduk lemas dalam rumah sendiri ketika ribut menyerang. Panggilan bantuan dan emel dari ribuan penduduk di sini dan saudara mara yang bimbang membanjiri stesen televisyen dan radio, semalaman. Ketsana menenggelamkan keseluruhan bandar, menyebabkan tanah runtuh dan menutup lapangan terbang ibu kota ini selama beberapa jam. - AP (Copy Fr BeritaHarian.online).
Kita renungkan lah..negara lain byk bencana alam dan peperangan...negara kita aman damai...adakah kita ingin keamanan ini tergugat? bersyukur la...

Friday, September 25, 2009
KELEBIHAN HARI JUMAAT
HARI Jumaat adalah penghulu segala hari pada setiap minggu.
Hari Jumaat juga hari besar di sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya.
Ini jelas daripadaFirman Allah yang bermaksud:"Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka segeralah kamumengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih baik bagi kamusekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah: Ayat 9)
Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk kepentingandunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini menggambarkanbahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.
Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Di dalamnya pula ada lima kelebihan iaitu:
1. Allah menjadikan Nabi Adam a.s.
2. Allah menurunkan Nabi Adam a.s ke bumi.
3. Allah mematikan Nabi Adam a.s.
4. Terdapat satu saat yang mustajab dan sesiapa yang berdoa pada saat itunescaya Allah mengizinkannya selama ia tidak meminta-minta yang haram.
5. Terjadinya hari kiamat. (Hadis Riwayat Ibn Majah dan Ahmad)
Ketinggian kedudukan hari Jumaat berbanding hari-hari yang lain dinyatakanRasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud:"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya ialah hari Jumaat". (HadisRiwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Menyedari hakikat ini, pada hari Jumaat kita disunatkan pergi ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana pada setiap hariJumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk mencatat namamereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah mereka.
Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita disunatkan mandi walaupun waktusembahyang telah hampir. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku,memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yangsebaik-baiknya.
Dalam perjalanan ke masjid kita hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahdiri. Apabila berada dalam masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan,kita hendaklah datang awal kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepalaorang.Apabila masuk masjid, hendaklah kita sembahyang dua rakaat Tahayattul Masjidwalaupun pada masa itu khatib sedang berkhutbah.
Sebaik-baiknya hendaklah iabersembahyang di tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak laludi hadapannya ketika ia bersembahyang.Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah memasang telinga untuk mendengar nasihatdan tunjuk ajar yang disampaikan. Anggaplah kita orang yang ditujukan segalanasihat dan kata bicara imam tadi.
Jangan sekali-kali berkata-kata atau bercakap dengan teman ketika imamberkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan imam masih berkhutbah:Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang lalai pada waktu imamsedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis Riwayat Ibn Majah)
Ini menunjukkan kita tidak dibenarkan melarang orang yang sedang bercakapketika khatib berkhutbah dengan mengeluarkan suara. Untuk mendiamkan orang yangsedang berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, harus dilakukan denganisyarat atau dengan melempar batu.Inilah antara perkara yang dituntut dan disunatkan ke atas jemaah pada hariJumaat. Namun sebahagian besar kita belum menghayati perintah memakmurkanmasjid ini.Ketika muazin melaungkan azan, masih ramai yang melepak dan berbual kosong dikaki lima atau di sekitar kawasan masjid.
Semangat 'marilah menuju kemenangan'yang dilaungkan seolah-olah tidak meresap ke sanubari jemaah.Ketika khatib mula membaca khutbah, ramai yang bercakap walau pun sebelum initelah diingatkan bahawa perbuatan bercakap sewaktu khatib membaca khutbahadalah perbuatan lagha (sia-sia) dan mengurangkan pahala Jumaat.
Sewaktu khatib membaca khutbah pula, ramai menundukkan kepala kerana mengantukdan sebahagiannya tertidur. Siapakah yang bersalah dalam perkara ini? Adakahkhutbah yang dibaca itu membosankan ataupun memang kita tidak berminat dengannasihat yang disampaikan.Yang nyata, sembahyang Jumaat hari ini tidak lebih satu ritual zaman berzamanmasyarakat Melayu-Islam, bukan kewajipan.
Apa yang berlaku ini ternyatamenyedihkan dan seharusnya kita membetulkan kelemahan itu.Sebaik-baiknya, perhimpunan seminggu sekali ini kita jadikan ruang untukmerenung kembali semangat perpaduan umat yang semakin terhakis dilanda aruskehidupan yang semakin hilang nilai kemanusiaan.
Selesai sahaja Jumaat, jemaah berebut-rebut keluar masjid, seolah-olah ia penjara. Malah ada yang merungut khutbah terlalu panjang jika ia mengambil masa15 atau 20 minit.Kekuatan umat Islam terletak di atas keteguhan kita menghayati Islam. Jika kitatidak mengambil berat amal ibadat yang asas ini, selama itulah kita akan rugi.
Setiap detik hari Jumaat perlu dipenuhi untuk meningkatkan amalan solehsebanyak mungkin, berbanding hari lain.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" Surah Al-Ahzab: Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Subscribe to:
Posts (Atom)